please click here...

Tuesday, October 23, 2012

Alkisahnya : Member Tipu Member!


Salam semua..sihat tak hari ni?penat betul Eiyda lately nie, assignment+project paper+ presentation+midterm test boleh buat otak nie pusing-pusing bak Merry Go Round! Takde masa nak rehat langsung (tapi ada masa pulak kau berblogging kan Eiyda..hehe)..hmm,berbalik pada apa yang Eiyda nak kongsikan untuk entry kali ini ialah Alkisahnya Member Tipu Member! Pernahkah anda semua kena tipu dengan member?tak kirala kawan baik ke,teman tapi mesra ke,teman gaduh ke,teman sekolah ke,teman lawan game ps2 ke,tak kirala teman apa pun.Pernah tak walau sekali dalam seumur hidup?Sape yang kena mesti sakit hati tak hengat kan lebih-lebih lagi kalau hal berkaitan hidup dan mati..Alkisahnya macam nie, sebulan yang lepas kitaorg satu batch ex-mrsm ***** nie dikejutkan dengan berita salah seorang kawan kami iaitu Mr.X tenat akibat kanser otak dan perlu dibedah secepat mungkin,kalau tak boleh bawa maut.So,kitaorang yang pernah satu sekolah dengan Mr.X nie terkejutla dan tumpang simpati lebih lebih lagi bila tau Mr.X nie tak cukup duit untuk tampung kos pembedahan yang semuanya berjumlah RM15,000.00.Pada mulanya kami antara percaya dengan tak percaya tentang hal sakit sakit nie especially tentang kos pembedahan yang boleh dikatakan  murah bagi sebuah hospital swasta terkemuka.Tapi bila kami call dia dan dengar suara dia yang macam tahan sakit+dia mengaku dan bersumpah dengan nama Allah yang dia memang betul-betul sakit buat kami percaya 100%.So,kami kami yang tersangat baik hati nie kumpullah dana termasuk mintak derma dengan kawan-kawan di universiti,post dekat page-page di facebook,blog dan lain-lain semata-mata untuk bantu Mr.X nie dan duit yang diperolehi masing-masing bank-in kan terus ke akaun bank Mr.X nie.So,jumlah sebenar kami tak taula berapa riban yang dah masuk ke akaun Mr.X.Kitaorang bagitaula,duit dah dimasukkan ke akaun dia dan dia bagitau yang dia akan jalani pembedahan secepat mungkin.Sebulan berlalu,kami semua tertanya-tanya apa status kesihatan Mr.X nie,dah selamat menjalani pembedahan atau tak.So,kami try call Mr.X nie +mesej+whatsapp dan sebagainya, tapi satu pun dia tak jawab atau reply mesej kami.So,kami mula rasa tak sedap hati dan kami cuba pula dapatkan no telefon ibu bapa Mr.X dan call diaorang.Apa yang buat kami terkejut,ibu bapa Mr.X nie tak tau pun anak diaorang tenat! Dan abang si Mr.X nie dah sahkan yang adik dia sihat walafiat dan kami sah2 ditipu hidup2 oleh Mr.X nie.Mak aihh,kami yang satu batch nie (lebih kurang 200 lebih) bengang sangat2.Yerla,tergamak dia tipu kami tentang soal hidup mati nie dan berani pulak tu bersumpah atas nama Allah!Kami nie pulak tak tau nak cakap apa pada kawan2 di universiti yang dah derma untuk Mr.X nie bila diaorang tanya perkembangan kesihatan Mr.X..hmm,nasi dah jadi bubur.Niat ikhlas kami nak bantu kawan yang dalam kesusahan disalah gunakan.Walaupun abang dia janji nak bayar balik semua duit yang adik dia dapat tu,tapi rasa terkilan dalam hati kami nie takkan hilang sampai bila2! Eiyda doakan semoga dia peroleh hidayah daripada Allah dan insaf dengan apa yang dah dia buat pada kami dan mungkin orang lain di luar sana.Ingatlah dunia dah akhir zaman,segala apa yang kita buat kat dunia nie,kebanyakkannya Allah bayar cash terus setimpal dengan apa yang dah kita buat.So,cepat2lah bertaubat.Peringatan untuk diri kita semua dan diri Eiyda jugak..;)


p/s: Moral of the story,jangan cepat bersimpati dengan orang,
selidik betul2 walaupun dia tu kita label sebagai kawan dunia akhirat kita!


  

Sunday, October 21, 2012

Final Piala Malaysia 2012: Kelantan 3-2 ATM


Salam, korang tengok tak Final Piala Malaysia 2012 tadi?Kelantan vs ATM.Rugi tau kalau sape yang tak tengok..Memang persaingan pada malam ini teramat amat amatlah sengit!!Hampir setiap masa dup dap dup dap jantung Eiyda nie sambil doa dalam hati,bukan apa takut pasukan ATM dapat jaringkan gol penyamaan (jangan marah haa penyokong ATM..hehe)..Akhirnya,selepas beberapa kali masa tambahan diberi, kemenangan berpihak kepada pasukan Kelantan The Red Warriors iaitu 3-2 ATM.. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah..Tahniah Mat Yo @ Nor Shahrul Idlan Talaha yang jaringkan dua gol malam ini..You are my hero tonight!Dan tahniah juga pada Indra Putra Mahayuddin yang jaringannya tadi jadi penentu kemenangan Kelantan malam nie..Dan untuk sek kito yang nak balik Qelate, jangan rushing ya..Biar lambat asal selamat..Tahniah sekali lagi pada pasukan The Red Warriors! Gomo Kelate Gomo!!


p/s: kenapa ek,Eiyda selalu perasan,setiap kali ada perlawanan bola antara TRW dgn mana2 pasukanla, pengulas bola sepak RTM tu macam anti-Kelantan jer..atau Eiyda jer perasan lebih?tp masalahnya,org2 kat forum Cari pun ramai yang cakap camtu..nape ek?hmm..;(


  
 
 
 

baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ