please click here...

Tuesday, December 18, 2012

Kerana Kurangnya Didikan Agama dan Desakan Hidup!


Diambil dari kisah benar (wallahuallam) : 
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). 

Cara hendak mengenali mereka
Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam.
Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.
Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
Banting, Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama


Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah di dalam bahasa Inggeris. 
Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

Credit to: fB

p/s: semoga diri kita.keluarga,sahabat handai dan seluruh umat Islam dijauhkan dari perkara yang dilaknati oleh Allah SWT ini. Sesusah mana pun kita, jangan sesekali murtad kerana Islam itu adalah agama yang paling mulia. 
Islam itu Indah!






Tuesday, October 23, 2012

Alkisahnya : Member Tipu Member!


Salam semua..sihat tak hari ni?penat betul Eiyda lately nie, assignment+project paper+ presentation+midterm test boleh buat otak nie pusing-pusing bak Merry Go Round! Takde masa nak rehat langsung (tapi ada masa pulak kau berblogging kan Eiyda..hehe)..hmm,berbalik pada apa yang Eiyda nak kongsikan untuk entry kali ini ialah Alkisahnya Member Tipu Member! Pernahkah anda semua kena tipu dengan member?tak kirala kawan baik ke,teman tapi mesra ke,teman gaduh ke,teman sekolah ke,teman lawan game ps2 ke,tak kirala teman apa pun.Pernah tak walau sekali dalam seumur hidup?Sape yang kena mesti sakit hati tak hengat kan lebih-lebih lagi kalau hal berkaitan hidup dan mati..Alkisahnya macam nie, sebulan yang lepas kitaorg satu batch ex-mrsm ***** nie dikejutkan dengan berita salah seorang kawan kami iaitu Mr.X tenat akibat kanser otak dan perlu dibedah secepat mungkin,kalau tak boleh bawa maut.So,kitaorang yang pernah satu sekolah dengan Mr.X nie terkejutla dan tumpang simpati lebih lebih lagi bila tau Mr.X nie tak cukup duit untuk tampung kos pembedahan yang semuanya berjumlah RM15,000.00.Pada mulanya kami antara percaya dengan tak percaya tentang hal sakit sakit nie especially tentang kos pembedahan yang boleh dikatakan  murah bagi sebuah hospital swasta terkemuka.Tapi bila kami call dia dan dengar suara dia yang macam tahan sakit+dia mengaku dan bersumpah dengan nama Allah yang dia memang betul-betul sakit buat kami percaya 100%.So,kami kami yang tersangat baik hati nie kumpullah dana termasuk mintak derma dengan kawan-kawan di universiti,post dekat page-page di facebook,blog dan lain-lain semata-mata untuk bantu Mr.X nie dan duit yang diperolehi masing-masing bank-in kan terus ke akaun bank Mr.X nie.So,jumlah sebenar kami tak taula berapa riban yang dah masuk ke akaun Mr.X.Kitaorang bagitaula,duit dah dimasukkan ke akaun dia dan dia bagitau yang dia akan jalani pembedahan secepat mungkin.Sebulan berlalu,kami semua tertanya-tanya apa status kesihatan Mr.X nie,dah selamat menjalani pembedahan atau tak.So,kami try call Mr.X nie +mesej+whatsapp dan sebagainya, tapi satu pun dia tak jawab atau reply mesej kami.So,kami mula rasa tak sedap hati dan kami cuba pula dapatkan no telefon ibu bapa Mr.X dan call diaorang.Apa yang buat kami terkejut,ibu bapa Mr.X nie tak tau pun anak diaorang tenat! Dan abang si Mr.X nie dah sahkan yang adik dia sihat walafiat dan kami sah2 ditipu hidup2 oleh Mr.X nie.Mak aihh,kami yang satu batch nie (lebih kurang 200 lebih) bengang sangat2.Yerla,tergamak dia tipu kami tentang soal hidup mati nie dan berani pulak tu bersumpah atas nama Allah!Kami nie pulak tak tau nak cakap apa pada kawan2 di universiti yang dah derma untuk Mr.X nie bila diaorang tanya perkembangan kesihatan Mr.X..hmm,nasi dah jadi bubur.Niat ikhlas kami nak bantu kawan yang dalam kesusahan disalah gunakan.Walaupun abang dia janji nak bayar balik semua duit yang adik dia dapat tu,tapi rasa terkilan dalam hati kami nie takkan hilang sampai bila2! Eiyda doakan semoga dia peroleh hidayah daripada Allah dan insaf dengan apa yang dah dia buat pada kami dan mungkin orang lain di luar sana.Ingatlah dunia dah akhir zaman,segala apa yang kita buat kat dunia nie,kebanyakkannya Allah bayar cash terus setimpal dengan apa yang dah kita buat.So,cepat2lah bertaubat.Peringatan untuk diri kita semua dan diri Eiyda jugak..;)


p/s: Moral of the story,jangan cepat bersimpati dengan orang,
selidik betul2 walaupun dia tu kita label sebagai kawan dunia akhirat kita!


  

Sunday, October 21, 2012

Final Piala Malaysia 2012: Kelantan 3-2 ATM


Salam, korang tengok tak Final Piala Malaysia 2012 tadi?Kelantan vs ATM.Rugi tau kalau sape yang tak tengok..Memang persaingan pada malam ini teramat amat amatlah sengit!!Hampir setiap masa dup dap dup dap jantung Eiyda nie sambil doa dalam hati,bukan apa takut pasukan ATM dapat jaringkan gol penyamaan (jangan marah haa penyokong ATM..hehe)..Akhirnya,selepas beberapa kali masa tambahan diberi, kemenangan berpihak kepada pasukan Kelantan The Red Warriors iaitu 3-2 ATM.. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah..Tahniah Mat Yo @ Nor Shahrul Idlan Talaha yang jaringkan dua gol malam ini..You are my hero tonight!Dan tahniah juga pada Indra Putra Mahayuddin yang jaringannya tadi jadi penentu kemenangan Kelantan malam nie..Dan untuk sek kito yang nak balik Qelate, jangan rushing ya..Biar lambat asal selamat..Tahniah sekali lagi pada pasukan The Red Warriors! Gomo Kelate Gomo!!


p/s: kenapa ek,Eiyda selalu perasan,setiap kali ada perlawanan bola antara TRW dgn mana2 pasukanla, pengulas bola sepak RTM tu macam anti-Kelantan jer..atau Eiyda jer perasan lebih?tp masalahnya,org2 kat forum Cari pun ramai yang cakap camtu..nape ek?hmm..;(


  
 
 
 

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers