please click here...

Monday, March 24, 2014

Perdana Menteri Malaysia Sahkan Pesawat MH370 Terhempas


Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak baru sahaja selesai mengumumkan perkembangan terbaru sebentar tadi.

"Berdasarkan analisis, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi" - PM



Melalui laporan data terbaru yang diperolehi daripada Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK), Pesawat MH370 disahkan telah berakhir(terhempas) di Koridor Selatan, Lautan Hindi.

Menurut sumber media, tiada penumpang dan krew terselamat dalam tragedi itu. Pihak MAS telah memberitahu ke semua keluarga mangsa mengenai berita terbaru ini.
Sidang media susulan yang akan menerangkan laporan terperinci tentang hal ini akan diadakan pada esok pagi.


Al-Fatihah.

p/s: walaupun harapan tipis, kita semua tetap perlu berdoa semoga keajaiban berlaku dan mangsa MH370 terselamat. Hanya Allah sahaja tahu apa yang berlaku dan pasti ada hikmahnya..Wallahualam.
 


Sunday, March 23, 2014

Keputusan Semasa PRK N25 Kajang



Salam..untuk pengetahuan semua hari ini adalah hari pengundian bagi Dun Kajang, Selangor. Dibawah ini Eiyda sertakan keputusan semasa bagi jumlah undi kedua2 pihak:

keputusan semasa pada jam 06:37 pm
sumber :  fB Dr Wan Azizah


Keputusan rasmi 09:08 pm: 
  • Calon PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang PRK Kajang dengan undi 16,741 undi mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.
  • Datin Seri Wan Azizah menang majoriti sebanyak 5,379 undi.
  • Peratusan keluar mengundi adalah 72 peratus, lebih rendah dari pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu iaitu 87 peratus direkodkan.
Tahniah Datin Seri Wan Azizah!

p/s: harap Datin Seri Wan Azizah sentiasa menjaga kebajikan rakyat Kajang..


 


Saturday, March 22, 2014

Samsung Galaxy S3 Slim





Hi, korang...siapa kat sini peminat gadget-gadget terkini terutamanya keluaran Samsung? ada berita baik untuk anda!Untuk pengetahuan korang, syarikat Samsung sudah melancarkan smartphone terkini mereka iaitu Samsung Galaxy S3 Slim di mana buat pertama kalinya dilancarkan di Brazil sebelum dipasarkan ke negara-negara lain. Model terbaru ini,ukurannya adalah lebih nipis jika dibandingkan dengan Galaxy S3 yang tersedia ada. Telefon ini mempunyai ukuran 8.7 milimeter, lebih nipis dibandingkan Galaxy S3 dengan ukuran sebesar 9.7 milimeter. Ha! Slim melim gitu u olls..tak tertarikkah u olls?senanglah korang yang lelaki nie nak letak dalam poket seluar dan bagi gegirl yang suka bawak handbag cute mute tu..haha..ok kat bawah nie Eiyda sertakan serba sedikit spesifikasi s3 slim bagi sesiapa yang sedang intai2 nak beli gadget terkini dari Samsung: 


(sila klik gambar untuk tumbesaran)


 p/s: Samsung galaxy s3 slim nie belum sampai kat malaysia lagi
 ya dan harga belum diberitahu lagi! harap maklum..
  
 
 
 

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers