please click here...

Tuesday, January 29, 2019

Cuti-Cuti Di Sunway Lagoon!

Salam semua..

Asal cuti jer of course kita semua nak berjalan-jalan kan. Busy dengan kerja bagai mana sempat nak enjoy-enjoy kasi puas betul tak? Lebih-lebih lagi kalau dah start cuti sekolah, korang mesti nak bawak anak-anak family semua jalan-jalan. Yang bujang pun nak jalan-jalan dengan member-member kasi release tension. Actually semua orang suka berjalan enjoy. Sebut je mana tempat nak pergi, ada banyak places to visit in Malaysia actually and korang tak payah nak beli tiket flight atau buat passport. kasi khatam dulu berjalan dalam Malaysia barulah best. Siap support ekonomi Malaysia la skali, baru boleh dipanggil rakyat Malaysia kan.

So antara suggestion tempat yang korang boleh pergi, especially dekat Lembah Klang ni, taman tema berkonsepkan air. Namanya ialah Sunway Lagoon. Confirm korang pernah dengar kan. Tapi kat sini tak semestinya korang kena standby untuk basahkan badan, Amusement park diorang pun best. Ataupun sebelum korang nak main dengan air korang boleh explore dulu kat dry park ni. Kat sini kalau bagi yang nak bawak budak-budak memang sesuai sebab ada caraousel, bukan yang online shopping tu tau tapi yang kuda pusing-pusing. Untuk budak umur 7 tahun kebawah sesuai la kalau nak naik tu, tapi untuk korang yang dah berumur tu janganlah pandai-pandai nak naik tu sebab bukan apa, takut korang jugak yang akan boring nanti.hihihi

Carousel

Pirate's Revenge

Lost City of Gold Scream Coaster

Ada banyak games lagi umpama funfair kat sini, korang boleh main game yang boleh dapat hadiah. Syokkan. Bagi yang nak adventure sikit korang boleh naik Pirate’s Revenge, kapal yang pusing 180 darjah. Nak lagi adventure korang boleh naik Lost City of Gold Stream Coaster, salah satu roller coaster yang agak laju tapi takdelah kaki atas kepala bawah punya level lagi, tapi sesuai la nak ajak anak-anak umur 12 tahun supaya dapat train diorang sebelum naik roller coaster yang lebih adventure. Selain tu ada Colorado Splash, Butch Cassidy Trail dan Grand Canyon River Rapid yang boleh la sikit-sikit buat korang basah tapi bukan basah kuyup. Masih dalam zon selamat lagi. Hehehe..

Butch Cassidy Trail

Colorado Splash

Grand Canyon River Rapid

Then korang boleh enjoy dekat wet world pulak. Kat sini ada macam-macam korang boleh main contohnya korang leh main gelongsor yang boleh buatkan adrenalin korang naik. Contohnya macam African Pythons, Congo Challenge dan Cameroon Climb. Memang fun, and korang naiklah banyak kalai sampai korang puas pun takde hal. Vuvuzela pun salah satu yang wajib korang try kalau ke Sunway Lagoon ni. Selain tu kalau korang nak experiece 5D, korang boleh masuk Waterplexx 5D, kat sini confirm korang akan basah and pengalaman yang gila-gila. If nak santai korang boleh chill dekat surf beach, atau nak surf pob boleh sebab ada artificial ombak. Kalau tak reti tu rasenya banyak kali la kan jatuh. Ada jugak kalau nak scuba tapi kat dalam kolam buatan manusia je la dalam 30 minit dengan instructor. Might be good expericence untuk yang tak pernah scuba diving, and jadikan ini pengalaman basic korang sebelum pergi jauh lagi.

Vuvuzela

Waterplexx 5D

Sunway Lagoon’s Wildlife Park

Sunway Lagoon’s Wildlife Park pula zoo dalam Sunway lagoon ini yang ada lebih kurang 150 spesies haiwan from all around the world. Agak entertaining jugak kalau nak bawak the whole family especially kids ke sini sebab banyak benda juga dapat belajar. Macam jalan sambil belajar yang sekolah-sekolah selalu buat la dulu kan. Agak-agak nak lagi adventure atau peminat-peminat benda yang horror ni korang boleh pergi Sunway Lagoon Scream Park. Kat sini korang boleh jerit sepuas-puasnya sebab kat sini bagi yang tak kuat semangat silap-silap boleh pengsan tau... Adventure gak sebab kat dalam tu korang jalan-jalan dan akan jumpa benda-benda yang scary and ada yang akan buat korang terkejut. So bagi yang senang pengsan ni, awal-awal sis pesan supaya elakkan untuk singgah, unless kalau korang nak kuatkan semangat korang boleh gak practise kat sini. Hahaha.

Untuk peminat-peminat Nickelodeon, kat Sunway Lagoon ni adalah taman first di Asia yang bertemakan Nickelodeon. So korang nanti boleh tengok Spongebob dan geng Bikini Bottom yang lain, Patrick dan sebagainya. Untuk yang hardcore, sukakan extreme sports, kat sini ada jugak bungee jumping, G-force X dan Go Kart. Sesuai untuk remaja atau orang-orang bujang yang risaukan Sunway Lagoon ni tempat untuk budak-budak jer. So, no worries, all ages are welcome here. Apa lagi, jom kita ke Sunway Lagoon! ;)






Credit pic to : Sunway Lagoon

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List