Salam semua..entry kali ini eiyda nak berkongsi cerita tentang tempat eiyda study sekarang iaitu Universiti Malaya...Untuk pengetahuan korang, UM sekarang sibuk dengan pilihanraya kampus bagi sesi 2010/2011 yang bakal diadakan pada 21 feb 2011...Sepanjang sesi berkempen untuk meraih undi mahasiswa UM, pelbagai insiden yang berlaku..Pertama, pihak pro-Mahasiswa (pro student) disekat untuk berkempen di kolej2 oleh pihak universiti manakala sebaliknya pihak Penggerak Mahasiswa (pro hep) dibenarkan..Kedua, berlakunya kejadian lempar bahan api kat markas pro-M oleh pihak tak bertanggungjawab...Lempar cat kat kenderaan pro-M, jatuh dan koyak banner pro-M...Dan yang terbaru, seorang calon umum pro-M diculik! Malaysiakini mengatakan kehilangan calon wanita tersebut - Masturah Abu Bakar - dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi. Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam - yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.Katanya, ketika meraka berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli topup dan memintanya menunggu di blok E.Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal. Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi..Laporan polis itu juga menyebut bahawa sebelum itu, Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat"..Sementara itu, wakil calon Masturah - Rohayu Rosli - pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah..Dan malam ini solat hajat diadakan untuk Masturah...Takutnya zaman sekarang kan, ni baru pilihanraya kampus dah berlaku kes culik-menculik, kalau pilihanraya adun dan parlimen mesti lagi dasyat kan.. Tapi bagi pendapat eiyda la kan, tak perlula memusuhi sesama kita sampai nak culik-menculik nie, bertanding la dengan adil dan saksama...Pihak universiti pun tak bolehla berat sebelah..Kena jugak dengar suara mahasiswa...Anyway good luck kepada yang bertanding untuk pilihanraya kampus tak kirala di UM atau IPTA lain...Dan kepada mahasiswa2 pilihla calon2 yang boleh bagi manfaat kepada anda...
p/s: Semoga Masturah ditemui dalam keadaan selamat
hendaknya...Amin...
Update 21 feb: Masturah
19 comments:
Ganasnya! sampai culik-menculik!
woott! takutnyeee..sampai culik2 bagai lg
semoga selamat lah hendaknya
sampai macam tu ye... ish2
wahhh.. dasyat la... ingatkan pilihanraya malaysia je yg ade kes2 gini... betul ke nih? ke gimik... waa takot~
dah jumpa belom? huhu...
pilih lah pilihan yg tepat..=)
sampai macam tu sekali ? hmm . boleh update tak cerita terbaru mangsa ? macamana keadaannya ? dah jumpa belum ? siapa yang culik ?
bukan gimik..tapi realiti...sehingga saat nie belum ada apa2 berita pertemuan masturah...pihak pentadbiran um pun belum ambil apa2 tindakan lagi...sungguh tidak adilkan...
serius sampai mcm ni sekali, lagi teruk dari pilihanraya umum adun ni
tak tahulah ape nk jadi skangni.. byk2 berdoa jer lah...
dunia sedang bergolak skang ni... kite kat sini pun dah mcm nk kene tempias.. risau btol.. ni PRK pulak tak lame lagik.. pehtu PRU13... dah terase bahangnye...
huish... smpi cm n skali pon ade?
astaghfirullahalazim.. macam2 la skrg ni.. harap2 dia selamat..aminnn ~
teruknya politik kampus..politik negara pun x ada yg culik menculik..ish3x..semoga adik tu selamat la dan tak jadi apa2 kat dia..
Syukur Alhamdulillah mastura dah jumpa.. macam² sekarang ni kan..
Politik kampus UM ni memang mengalahkan politik negara..
ish3...sampai macam tu ker..teruknya.takut pulak akk dengar.
apapon alhamdulillah...Masturah sudah pon ditemuikan..
isk3..masyarakat malaysia skang ni da semakin berani dah buat macam2..haishhh..
sapa yang buat neh memang xdak sivik...
ada motif k nk culik neh?
Post a Comment