please click here...

Tuesday, May 17, 2011

Al-Fatihah..Setahun Sudah..


Assalamualaikum..korang semua sihat? wah lama bebenor awok tak update blog sebab busy study + exam…hampir dua bulan tu!! Hari ini dalam sejarah eiyda tak update blog selama tu..selalunya kalau busy mana pun 1 kali seminggu eiyda mesti update blog.. hmm, tapi 2 bulan tu rasa macam 2 minggu..sekejap jer masa berlalu kan? bercakap tentang masa nie sedar tak sedar hari ini cukup setahun pemergian arwah abah menghadap Ilahi..Ini bermakna cukup setahun eiyda dan family hidup tanpa arwah abah disisi.. boleh dikatakan setiap hari eiyda teringat kat arwah abah..sedih tak terkata..eiyda selalu teringat saat2 akhir arwah abah nak meninggal kat hospital..kiranya eiyda dan kakak orang terakhir jumpa arwah sebelum arwah tutup mata..yang eiyda tak boleh lupa sampai sekarang, masa arwah abah nak pergi, kiranya masa tu boleh dikatakan waktu kecemasan, doktor+nurse+nurse pelatih boleh lagi bergurau senda time tu..boleh tanya turn sape pulak lepas nie nak bagi bantuan pernafasan kat arwah (yang tekan dada tu) sambil gelak2! Pulak tu boleh lak suruh nurse pelatih jer yg bagi bantuan,seolah2 tu praktikal untuk mereka. Time diaorang dok gurau senda tu boleh biarkan arwah abah camtu jer selama beberapa minit tanpa bantuan..perasaan eiyda time tu panik+takut+sedih+nak lempang laju2 diaorang nie.. diaorang tak tahu agaknya setiap saat amat berharga, apa2 boleh berlaku dalam beberapa saat tu..hidup @ mati! Dan arwah abah meninggal juga akhirnya, sebab memang dah janji Allah setiap yang hidup pasti akan kembali pada-Nya..walaupun eiyda geram dengan staf hospital tu, tapi tu maybe hanya penyebab untuk arwah abah pergi mengahdap-Nya..nak tak nak eiyda kena redha dengan semua nie..tapi sampai sekarang eiyda tak boleh jejak kaki kat hospital tu lagi kalau ada kawan2 atau sedara yang sakit..sebab kalau pergi sana automatik eiyda akan teringat muka2 staf tu..daripada eiyda simpan perasaan tak puas hati kat diaorang baik eiyda xpayah pergi kan? Pemergian arwah nie buat eiyda sedar bahawa hidup kita kat dunia nie x panjang, mungkin esok lusa turn kita pulak menghadap-Nya..eiyda pun rasa terkilan sebab banyak benda yang eiyda plan nak balas jasa2 arwah lepas graduate nanti tak menjadi..so, korang yang masih ada ibubapa tu sentiasala berbuat baik dengan mereka. jangan pulak menyesal di kemudian hari ok.. tanpa sedar panjang pulak eiyda membebel..hehe..okla eiyda stop kat sini dulu untuk entry kali ini..semoga arwah abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Al-Fatihah..

p/s: Walaupun x update blog hampir 2 bulan, tapi masih ramai yg sudi jenguk teratak 
buruk eiyda nie..thanks ya u all....;)





20 comments:

cikida said...

em,,sbr ye awk..stiap yg hdup pasti akn mati jua..tp x ptot staf hospital wat cm 2.=(

Siti Aziz said...

harap mereka sedar kesilapan mereka. kerja mereka tue melibatkan nyawa orang. nyawa bukan ada jual kat kedai/mall bagai. setiap perlakuan semua tertulis. dibangkitkan dipersoalkan kat sana nanti.

harap tuan rumah tabah hati. jangan jejak ke situ kalau hanya buat kita sakit/perit.

al-fatihah untuk arwah.

eiyda said...

thanks cikida n siti aziz..;)

abutalib said...

Eiyda : banyakkan bersabar & sentiasa doakan kebahagiaan arwah abah eiyda di sana.Kita pun akan menyusuli mereka :)

NoorNazuha said...

Al Fatihah buat arwah Abah eiya yek..semoga rohnye ditempatkan di kalangan mereka yg Soleh..Amin!

scya lollita said...

takziah (:
sedekahkan alfatihah spya kuburnya trg bnderang (:

Ruziah Ismail said...

Assalamualaikum w.b.t
salam takziah dari saya...
semoga dirimmu sentiasa tabah menghadapi dugaan ya!

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Wallu A'lam

Unknown said...

huh ! kalau jadi kat Tia pun Tia akan angin . ingat nyawa orang benda main-main ke ? dorang bukan kerja dekta fun fair , takde masa nak main-main . mana komitmen dalam pekerjaan?

apa orang lain akan fikir bila dalam keadaan macam tu dorang boleh gelak-gelak lagi? huh! apapun , betul lah tu . setiap dari kita ni mesti dan akan kembali juga kepada pencipta kita ..

jom baca ni :
Selamat Datang Ke IPT/IPTA
Yang Mana? Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah

Kekupu said...

Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Amin.

eiyda said...

thanks semua..;)
setiap perbuatan kita kat dunia nie samaada baik @ buruk,tetap ada ganjaran yg menanti kita di akhirat kelak..so,sentiasala jaga kelakuan dan perbuatan kita kerana Allah Maha Mengetahui..

Unknown said...

al-fatihah kepada arwah..semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....

Unknown said...

al-fatihah kepada arwah..semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....

eiyda said...

Khairil: Amin...Terima Kasih...;)

Syaza Aqillah said...

sabar ya. ini semua dugaan untuk anda. ;)

saya dpt rasa ape yg awk rasa. Allah takkan bg dugaan pada hambanya kalau hambanya tak dapat menanggungnya.

jadi, pasti ada hikmah di setiap segala yang berlaku. ;)

eiyda said...

cik dodol:thanks...;)

cikNiarun said...

alfatihah, saya pun pelatih jugak, sedih saya baca ni, dan sedih sebab ade pelatih lain yang x professinal langsung, saya harap awak maafkan diorang dan jangan la serik ngan kami, sebab bukan semua pelatih nurse camtu. im really sorry~

eiyda said...

nurain: thanks....nak kata serik tu memangla serik..tapi eiyda harap awk & kwn2 x mcm pelatih yg eiyda jmpa..harap awk sntiasa komited dlm kerja dan jd cth pd pelatih2 yg cuai tu...;)

Bercakapdengankaki (BDK) said...

aloo...sedeynye dgr :( sabar k..

http://bloknoktah.blogspot.com/2011/05/pulau-sibuhere-i-come.html

Anonymous said...

skit aty laa kat nurse tuu.... emmm... semoga arwah abah awk tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman... Aminn...

Unknown said...

jalan2

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers