Baru sebentar tadi, sidang media Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan senarai nama ahli-ahli kabinet Malaysia. Di bawah sis senaraikan nama ahli kabinet yang dilantik setelah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Pakatan Harapan iaitu :
Perdana Menteri : YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Perdana Menteri : Datin Seri Wan Azizah
Menteri Kewangan : Lim Guan Eng
Menteri Pertahanan : Mohamad Sabu
Menteri Dalam Negeri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tun Mahathir hanya mengumumkan 3 Menteri untuk 3 Kementerian utama, selebihnya akan diumumkan pada minggu hadapan. Tun Mahathir juga telah melantik majlis penasihat yang dianggotai, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Mohamad Hassan Marican, dan KS Jomo (Jomo Kwame Sundaram).
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, DS Najib Tun Razak telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden Barisan Nasional dan Presiden UMNO. Jawatan tersebut telah diganti oleh Dato Seri Zahid Hamidi manakala Timbalan Presiden adalah Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.
7 comments:
masih menunggu sepenuhnya jawatan yang bakal diisi ni.
thanks for sharing this, sis :)
Wahh betul-betul rombak pucuk pimpinan negara kita ni kan...
Malaysia memiliki pemimpin negara yang tertua di dunia ya
beritanya sampai ke Indonesia
Syukur..harap menteri2 yg dlantik dapat laksana tugas sebaik mungkin. Hidup Tun!
terbaiklah Malaysia.....
target negara maju lepas nie
moga malaysia terus aman dan makmur
Post a Comment