please click here...

Tuesday, May 17, 2011

Al-Fatihah..Setahun Sudah..


Assalamualaikum..korang semua sihat? wah lama bebenor awok tak update blog sebab busy study + exam…hampir dua bulan tu!! Hari ini dalam sejarah eiyda tak update blog selama tu..selalunya kalau busy mana pun 1 kali seminggu eiyda mesti update blog.. hmm, tapi 2 bulan tu rasa macam 2 minggu..sekejap jer masa berlalu kan? bercakap tentang masa nie sedar tak sedar hari ini cukup setahun pemergian arwah abah menghadap Ilahi..Ini bermakna cukup setahun eiyda dan family hidup tanpa arwah abah disisi.. boleh dikatakan setiap hari eiyda teringat kat arwah abah..sedih tak terkata..eiyda selalu teringat saat2 akhir arwah abah nak meninggal kat hospital..kiranya eiyda dan kakak orang terakhir jumpa arwah sebelum arwah tutup mata..yang eiyda tak boleh lupa sampai sekarang, masa arwah abah nak pergi, kiranya masa tu boleh dikatakan waktu kecemasan, doktor+nurse+nurse pelatih boleh lagi bergurau senda time tu..boleh tanya turn sape pulak lepas nie nak bagi bantuan pernafasan kat arwah (yang tekan dada tu) sambil gelak2! Pulak tu boleh lak suruh nurse pelatih jer yg bagi bantuan,seolah2 tu praktikal untuk mereka. Time diaorang dok gurau senda tu boleh biarkan arwah abah camtu jer selama beberapa minit tanpa bantuan..perasaan eiyda time tu panik+takut+sedih+nak lempang laju2 diaorang nie.. diaorang tak tahu agaknya setiap saat amat berharga, apa2 boleh berlaku dalam beberapa saat tu..hidup @ mati! Dan arwah abah meninggal juga akhirnya, sebab memang dah janji Allah setiap yang hidup pasti akan kembali pada-Nya..walaupun eiyda geram dengan staf hospital tu, tapi tu maybe hanya penyebab untuk arwah abah pergi mengahdap-Nya..nak tak nak eiyda kena redha dengan semua nie..tapi sampai sekarang eiyda tak boleh jejak kaki kat hospital tu lagi kalau ada kawan2 atau sedara yang sakit..sebab kalau pergi sana automatik eiyda akan teringat muka2 staf tu..daripada eiyda simpan perasaan tak puas hati kat diaorang baik eiyda xpayah pergi kan? Pemergian arwah nie buat eiyda sedar bahawa hidup kita kat dunia nie x panjang, mungkin esok lusa turn kita pulak menghadap-Nya..eiyda pun rasa terkilan sebab banyak benda yang eiyda plan nak balas jasa2 arwah lepas graduate nanti tak menjadi..so, korang yang masih ada ibubapa tu sentiasala berbuat baik dengan mereka. jangan pulak menyesal di kemudian hari ok.. tanpa sedar panjang pulak eiyda membebel..hehe..okla eiyda stop kat sini dulu untuk entry kali ini..semoga arwah abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Al-Fatihah..

p/s: Walaupun x update blog hampir 2 bulan, tapi masih ramai yg sudi jenguk teratak 
buruk eiyda nie..thanks ya u all....;)





baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ