please click here...

Sunday, May 13, 2018

Fitri Haris Juara Gema Gegar Vaganza Musim 2



Semalam telah berlangsungnya final Gema Gegar Vaganza musim 2 yang menobatkan Fitri Haris sebagai Juara. Dengan peratusan markah sebanyak 89.27 peratus, Fitri yang juga bekas anggota kumpulan nasyid UNIC telah membawakan lagu Zinnirah di segmen solo dan lagu Al-Nuraa..Yang 5..Yang 6.. di segmen battle bersama Adeep Nahar. Fitri telah memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro, penginapan layanan VIP di Dorsett Suite Hotel Kuala Lumpur dan kontrak digital radio bersama Raku bernilai sebanyak RM150,000.

Sementara itu, Naib Juara pula dimenangi oleh Adeep Nahar yang mengutip markah sebanyak 89 peratus telah membawakan lagu Sedetik Lebih di segmen solo. Adeep yang juga bekas anggota kumpulan The Fabulous Cat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro dan penginapan eksklusif di Dorsett Residence Kuala Lumpur.

Tempat Ketiga : Awi Rafael, 79.6 peratus markah (Segmen Solo-Sandaran Hati, Segmen Battle-Pejamkan Mata), membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

Tempat Keempat : In-Team, 77.47 peratus markah (Segmen Solo-Rabiatul Adawiyah, Segmen Battle-Al-Haq Yang Satu), membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Tempat Kelima : Heliza dan Hazwani Helmi, 76.2 peratus markah (Segmen Solo-Wassini, Segmen Battle-Pejamkan Mata), membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Tempat Keenam : Brothers, 76.13 peratus markah (Segmen Solo-Mimpi Laila, Segmen Battle-Al-Haq Yang Satu), membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.

Konsert akhir tersebut telah bersiaran di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis dan Maya HD. Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim ditugaskan sebagai pengacara pada malam tersebut. Manakala tugas juri pula disandang oleh Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri undangan adalah Datuk M.Nasir.

Antara peserta kumpulan yang turut bertanding dan telah terkeluar pada minggu-minggu yang lepas ialah Devotees, Mestica, Rabithah, Fara Asyikin dan Ippo Hafiz.


p/s: wahh, tahniah sis ucapkan kepada Fitri Haris. Peserta favorite sis dari minggu pertama lagi..hihi.


 



Saturday, May 12, 2018

Senarai Nama Ahli Kabinet Malaysia


Baru sebentar tadi, sidang media Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan senarai nama ahli-ahli kabinet Malaysia. Di bawah sis senaraikan nama ahli kabinet yang dilantik setelah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Pakatan Harapan iaitu :

Perdana Menteri : YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Perdana Menteri : Datin Seri Wan Azizah
Menteri Kewangan : Lim Guan Eng
Menteri Pertahanan : Mohamad Sabu
Menteri Dalam Negeri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir hanya mengumumkan 3 Menteri untuk 3 Kementerian utama, selebihnya akan diumumkan pada minggu hadapan. Tun Mahathir juga telah melantik majlis penasihat yang dianggotai, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Mohamad Hassan Marican, dan KS Jomo (Jomo Kwame Sundaram).

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, DS Najib Tun Razak telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden Barisan Nasional dan Presiden UMNO. Jawatan tersebut telah diganti oleh Dato Seri Zahid Hamidi manakala Timbalan Presiden adalah Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.


 

Friday, May 11, 2018

Sekitar Perlantikan Tun Dr Mahathir Di Istana Negara (10 May 2018)






Alhamdulillah..selesai sudah perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di Istana Negara semalam. Ramai yang menarik nafas lega dengan perlantikan tersebut. Rata-rata rakyat Malaysia menzahirkan rasa syukur dan seolah-olah Malaysia seperti baru sahaja mencapai kemerdekaan. Ribuan rakyat dengan membawa bendera Pakatan Harapan berhimpun di sepanjang jalan menuju ke Istana Negara bagi meraikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baru. Sambutan tersebut seolah-olah seperti pada zaman Tunku Abdul Rahman yang baru pulang dari London selepas perjanjian kemerdekaan. Siapa yang tengok video semalam tu tak nangis memang hati dia kebal. Sis tengok pun menangis dan sebak. Sobsss.. Alhamdulillah kali nie sis berpeluang bersama-sama rakyat yang lain mencipta sejarah baru untuk Malaysia. Syabas rakyat Malaysia!


p/s : sorry ler ya wahai readers, kalau nak muntah sebab sis asyik post pasal Tun M. Sis still takleh move on lagi dengan berita gembira PRU14 nie.. ;p



 


Credit video to : the unknown owner (from whatsapp)

Thursday, May 10, 2018

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Rasmi Dilantik Perdana Menteri Malaysia Ke-7






Alhamdullilah.. 
Setelah pelbagai masalah timbul sehingga proses perlantikan Perdana Menteri tertangguh dan tergendala begitu lama, akhirnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah perkenan untuk melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada jam 9:50 malam, sebentar tadi di Istana Negara, Kuala Lumpur. Semoga dengan pelantikan tersebut dapat memacu Malaysia ke arah lebih baik dan nasib rakyat lebih terbela dari sebelum ini. Tahniah Tun Mahathir, Tahniah Pakatan Harapan dan tahniah rakyat Malaysia kerana bijak memilih!

p/s : walaupun berbeza ideologi dan politik, harap rakyat Malaysia dapat bersatu dan berganding bahu memajukan Malaysia ke arah lebih baik.

 

Credit video and pic to : FB Dr Mahathir Mohamad, RTM2 dan Astro Awani

(Rasmi) Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru! Keputusan PRU14








Salam semua..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sejarah telah tercipta pada tarikh keramat 09 May 2018! Ya Allah, tiada kata yang dapat gambarkan perasaan sis pada waktu dan ketika ini. Akhirnya, ya akhirnya Barisan Nasional tumbang! Akhirnya rakyat semua bangkit menentang kezaliman, ketindasan, dan korupsi pemimpin negara yang terdahulu.

Selepas lebih 60 tahun memerintah Malaysia, akhirnya Barisan Nasional kalah teruk selepas Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Malaysia dengan mendapat majoriti 121 kerusi parlimen.

Perkara ini telah diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah baru sebentar tadi  di Menara SPR, Putrajaya.

Dengan kemenangan besar Pakatan Harapan kali ini, bakal membentuk kerajaan di mana Tun Dr Mahathir Mohamad bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-7 Malaysia dan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Untuk rekod, Tun Dr Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003).

Pakatan Harapan telah berjaya mengekalkan negeri Pulau Pinang dan Selangor selain berjaya menawan beberapa negeri iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah (melalui parti Warisan) dan kubu kuat Barisan Nasional iaitu Johor.

Parti Islam Semalaysia, PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan negeri Terengganu.

Di bawah sis sertakan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14

Keputusan Parlimen: 

HARAPAN (104), BN (79), PAS (18), Bebas (3), Warisan (8), DAP (9), Parti Solidariti Tanah Airku(2)

Keputusan semasa beberapa negeri:

1. Pahang: BN menang 22, PAS (8), PKR (5) dan Bebas (0)

2. Perlis: BN menang 10 kerusi, PAS (2), PKR (3) dan Bebas (0)

3. Melaka: HARAPAN menang 15, BN (10), PAS (0)

4. Kedah: HARAPAN menang 18, BN (3), PAS (15)

5. Selangor: HARAPAN menang 29, BN (3), PAS (0)

6. Kelantan: PAS menang 28, BN (7), HARAPAN (0)

7. Johor: HARAPAN menang 29, BN (16), PAS (1)

8. Perak: HARAPAN Menang 29, BN (27), PAS (3)

9. Sabah: HARAPAN menang, 30, BN 29, Parti Solidariti Tanah Airku (2)

*Harapan : Warisan (21), PKR (2), DAP (6)

10. Negeri Sembilan: HARAPAN menang 20, BN (16), PAS (0)

11. Pulau Pinang: HARAPAN menang 25, BN (2), PAS (1)

12. Terengganu: PAS menang 18, BN (8), HARAPAN (0)

13. Sarawak: BN

Semoga Pakatan Harapan dapat menjadi kerajaan yang telus, bebas korupsi, dan adil untuk rakyat Malaysia. Aminnn..


p/s : Alhamdulillah..akhirnya doa orang-orang teraniaya termakbul!


 





Credit to : FB Pakatan Harapan, Berita Harian, Harian Metro



Wednesday, May 9, 2018

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-14






Salam semua..
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu iaitu 09 May 2018, sudah tiba masanya untuk kita sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. Ada yang dah siap mengundi ke? Alhamdulillah, pukul 8 pagi sis dan family dah siap-siap ke pusat pengundian daerah sis nie. Ramai jugakla yang keluar mengundi di awal pagi. Sis selesai urusan membuang undi dalam pukul 10 pagi. Korang yang masih belum keluar mengundi lagi tu, moh ler kita reramai keluar mengundi sebab masa depan negara dan cucu cicit kita terletak di tangan kita. Masih tersisa lagi waktu untuk kita ubah negara kita ke arah lebih baik. Waktu  untuk mengundi adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.  Jangan silap memilih tau. Pilihla parti yang akan perjuangkan nasib kita. Yang akan dengar keluh kesah rakyat marhaen seperti kita. Masa depan negara terletak di tangan anda. Selamat mengundi!


p/s : dah penat dengan janji manis pemimpin yang 5 tahun sekali baru nampak batang hidung nie. Sepanjang 5 tahun buat derk jer dengan kesusahan rakyat.
 Kalau boleh janganla undi "beliau-beliau" ini. Peace no war.
 

Tuesday, March 20, 2018

Ais Kepal Milo

  




Sejak akhir-akhir nie, ais kepal milo dah jadi viral seantero Malaysia. Sana sini orang mula menjual ais kepal milo nie di tepi-tepi jalan,  kiosk-kiosk di shopping complex dan kedai makan. Sebelum nie sis tengok jer orang duk post tentang ais kepal milo nie. Terliur la jugak.. Tapi nak buat camne tak pernah berkesempatan nak pi beli. huhu..

 Tapi hari nie Alhamdulillah, di tengah panas terik, ternampak satu gerai di tepi jalan ada jual Ais Kepal Milo nie.. Apa lagi sis teruih pi beli. Kat gerai nie ada dua jenis, ais milo kepal kosong (RM4) dan satu lagi yang special (RM5). Bezanya, yang special ada kacang tabur, ais krim dan biskut. Dah beli apa lagi,sis terus ngap lerr.. Gulp manisnya.. Haha.. Tapi sedap.. Rasa milonya sangat pekat dan likat. Sape yang suka manis, suka milo,  suka coklat digalakkan beli.. Tapi jangan beli hari-hari tau, kan tak pasal-pasal hilang kaki. Huhu.. Owh ya, gerai nie ada berdekatan di Taman Bendahara Pengkalan Chepa berdekatan dengan kedai MR Diy.. So, korang yang ada sekitar situ boleh la pi beli ya.. 


p/s : kurangkan manis dalam makanan, banyakkan manis dalam senyuman..baru ber'semut'.. :P

 

Monday, March 19, 2018

Tahniah Dato' Sri Siti Nurhaliza Telah Selamat Bersalin


Alhamdulillah..
Dato' Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan puteri sulung beliau di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8:17 pagi tadi.

Bayi perempuan tersebut dilahirkan dengan seberat 3.55kg melalui cara pembedahan. Untuk sementara waktu, DCT dan keluarga akan memanggil puteri beliau dengan nama Fatima Az-Zahra sehingga diberi nama kelak. Semoga bayi tersebut membesar menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Selamat berpantang Dato Siti!


p/s : Akhirnya, dengan berkat kesabaran Dato Siti setelah 12 tahun melayari rumah tangga, Allah telah kurniakan zuriat kepada beliau. So uolls, jangan cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara ya. Cepat atau lambat, In Shaa Allah ada hasilnya..

 



credit pic to : Instagram Dato Siti


Salam 1 Rejab 1439H!

Salam uolls,

Wahhhh...dah lama bebenor sis biarkan blog nie bersawang dan berlumut..Al-Maklumla busy bebenor dengan kehidupan sehari-hari nie..Cewahhh..hahaha..Di hari dan bulan yang baik nie, sis dah berazam nak aktifkan balik blog nie macam dedulu..(Rindunya sama kamu wahai blogku).. So, korang kena rajin2 tau singgah ke teratak buruk sis nie ya..huhu

Dalam sedar tak sedar cepat betul masa berlalu kan? Hari nie dah 1 Rejab uolls. Meh sini sis kongsikan apa keistimewaan di bulan Rejab nie.. Baca dan hadam tau!



1 REJAB 1439H = 19 Mac 2018 

1 – Apa Maksud ‘Rejab’?
          ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.


2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?*
         Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36


3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?
Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. 

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.


4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?
Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut :
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.


6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?
Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.


Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.


p/s : sesape yang belum ganti puasa tahun lepas tu,cepat2 la ganti ya sebab tak lama dah Ramadhan akan tiba..peace yo!

 
 
 
 

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers