please click here...

Monday, March 19, 2018

Salam 1 Rejab 1439H!

Salam uolls,

Wahhhh...dah lama bebenor sis biarkan blog nie bersawang dan berlumut..Al-Maklumla busy bebenor dengan kehidupan sehari-hari nie..Cewahhh..hahaha..Di hari dan bulan yang baik nie, sis dah berazam nak aktifkan balik blog nie macam dedulu..(Rindunya sama kamu wahai blogku).. So, korang kena rajin2 tau singgah ke teratak buruk sis nie ya..huhu

Dalam sedar tak sedar cepat betul masa berlalu kan? Hari nie dah 1 Rejab uolls. Meh sini sis kongsikan apa keistimewaan di bulan Rejab nie.. Baca dan hadam tau!



1 REJAB 1439H = 19 Mac 2018 

1 – Apa Maksud ‘Rejab’?
          ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.


2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?*
         Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36


3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?
Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. 

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.


4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?
Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut :
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.


6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?
Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.


Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.


p/s : sesape yang belum ganti puasa tahun lepas tu,cepat2 la ganti ya sebab tak lama dah Ramadhan akan tiba..peace yo!

 
 
 
 

1 comment:

Puan syah said...

Salam 1 rejab juga..membalas kunjungan di sini

https://byshaz.blogspot.my/2018/03/tips-sebelum-membeli-skincare.html

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers