please click here...

Monday, February 28, 2011

..iMPiAN hATi iNi..

 
iMpiAn hAti iNi...
Aku ingin hati yang bersih,
Yang jujur apabila berbicara
Yang ikhlas apabila membantu
Yang kuat apabila difitnah
Yang tabah apabila diuji
Yang beryukur apabila disakiti
Yang gembira apabila dikhianati
Yang ceria apabila dibenci

Aku ingin hati yang bersih,
Yang a'ib apabila menghina
Yang hina apabila meminta
Yang insaf apabila terleka
Yang menangis apabila menyakiti
Yang sugul apabila membenci
Yang malu apabila dipuji
Yang tawadhu' apabila dikasihi

Sungguh! Hati itu
anugerah terindah
dari Ar-Rahman
pada makhluk yang bernama manusia.
Bagi insan hina seperti aku
Yang banyak jahil dari 'arif
Yang banyak leka dari peka
hanya satu pintaku ya Allah,

"Andai esok tiada lagi untukku,
biarlah aku pulang
dengan hati yang bersih..
Amin.. 





Monday, February 21, 2011

..Keputusan Pilihan Raya Kampus UM 2011 dan Punca Kehilangan Masturah..


Salam..Entry kali ini eiyda still nak cerita tentang pilihanraya kampus UM 2011 yang diadakan pada hari ini...Keputusan telah pun diketahui sebentar tadi bahawa Pro-Mahasiswa telah memenangi kesemua 9 kerusi umum dan 14 kerusi fakulti..Walaupun pelbagai rintangan yang diaorang terpaksa hadapi termasuk salah seorang calon wanita mereka diculik (nak tahu pasal kes culik ni klik SINI ), akhirnya kemenangan telah berpihak kepada mereka...Diharap mereka yang menang dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan menjaga kebajikan pelajar2 UM..

sekitar PRK UM 2011..


 
ok, sekarang eiyda nak cerita pulak pasal kehilangan calon wanita Pro-Mahasiswa, Masturah Abu Bakar (eiyda ada tulis dalam entry sebelum ini- SINI)...Rasanya semua dah tahukan yang Masturah telah pun ditemui di Masjid Teras Jernang, Bangi. Mengikut Malaysiakini, sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya petang tadi, Masturah hanya berdiam diri (maybe trauma kot) dan hanya memberi isyarat tangan sahaja untuk menyatakan beliau ok apabila ditanya oleh para wartawan.Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku sewaktu tempoh diculik. Ibu Masturah juga kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak UM.Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.Mengenai spekulasi bahawa kemungkinan kehilangan Masturah ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."...

. ..masturah dan ibunya sewaktu sidang media..


..video isu culik Masturah..

p/s : semua kerusi dah dimenangi oleh Pro-Mahasiswa...
Jangan ada pulak yang tak puas hati dan kes culik berulang kembali..
Semoga kita semua selamat dibawah lembayung rahmatNya...Amin..




Sunday, February 20, 2011

Pilihan Raya Kampus UM dan Seorang Calon Pro-M di Culik!


Salam semua..entry kali ini eiyda nak berkongsi cerita tentang tempat eiyda study sekarang iaitu Universiti Malaya...Untuk pengetahuan korang, UM sekarang sibuk dengan pilihanraya kampus bagi sesi 2010/2011 yang bakal diadakan pada 21 feb 2011...Sepanjang sesi berkempen untuk meraih undi mahasiswa UM, pelbagai insiden yang berlaku..Pertama, pihak pro-Mahasiswa (pro student) disekat untuk berkempen di kolej2 oleh pihak universiti manakala sebaliknya pihak Penggerak Mahasiswa (pro hep) dibenarkan..Kedua, berlakunya kejadian lempar bahan api kat markas pro-M oleh pihak tak bertanggungjawab...Lempar cat kat kenderaan pro-M, jatuh dan koyak banner pro-M...Dan yang terbaru, seorang calon umum pro-M diculik! Malaysiakini mengatakan kehilangan calon wanita tersebut - Masturah Abu Bakar - dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi. Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam - yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.Katanya, ketika meraka berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli topup dan memintanya menunggu di blok E.Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal. Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi..Laporan polis itu juga menyebut bahawa sebelum itu, Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat"..Sementara itu, wakil calon Masturah - Rohayu Rosli - pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah..Dan malam ini solat hajat diadakan untuk Masturah...Takutnya zaman sekarang kan, ni baru pilihanraya kampus dah berlaku kes culik-menculik, kalau pilihanraya adun dan parlimen mesti lagi dasyat kan.. Tapi bagi pendapat eiyda la kan, tak perlula memusuhi sesama kita sampai nak culik-menculik nie, bertanding la dengan adil dan saksama...Pihak universiti pun tak bolehla berat sebelah..Kena jugak dengar suara mahasiswa...Anyway good luck kepada yang bertanding untuk pilihanraya kampus tak kirala di UM atau IPTA lain...Dan kepada mahasiswa2 pilihla calon2 yang boleh bagi manfaat kepada anda...


p/s: Semoga Masturah ditemui dalam keadaan selamat 
hendaknya...Amin...


Update 21 feb: Masturah sudah dijumpai di Masjid Teras Jernang, Bangi. 
Beliau masih dalam keadaan lemah & kini sudah dibawa
pulang oleh keluarganya...




Friday, February 18, 2011

TAHUKAH ANDA...??

FAKTA MENARIK!

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama di gunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe.......Sentuh la telinga korang dengan siku sampai kena.......Tak normal la korang maknanya...;P





Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak Letak Jawatan!!!


Alhamdulillah...akhirnya Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarak dah letak jawatan! Hosni,82 akhirnya meletak jawatan setelah 18 hari demostrasi menentang beliau diadakan.Berita gembira nie telah diumumkan oleh Omar Suleiman selaku naib presiden Mesir...Suasana di Mesir sekarang sangat meriah. Bunyi hon bertubi-tubi di seluruh bandar Kaherah. Lampu-lampu rumah terus terpasang terang.Ini menunjukkan betapa gembiranya rakyat Mesir dengan peletakan jawatan Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun..Sepanjang pemerintahan, beliau telah memihak dasar AS dalam konflik Arab-Israel,menyokong status quo di Gaza, promosi dasar anti-Hamas, memainkan peranan penting melawan Arab Amerika dalam proses keamanan, membantu kepentingan AS dalam rundingan di antara Fatah dan Hamas, dan banyak lagi yang hampir kesemuanya membawa banyak kepentingan kepada Israel. Semoga dengan peletakan jawatan beliau, negara Mesir kembali aman...Amin...
 
 
PENGUMUMAN HOSNI MUBARAK BERUNDUR





Tuesday, February 1, 2011

..Amer Munawer Bekas Anggota Ruffedge Dah Banyak Berubah..

Salam..Korang masih ingat tak dengan Amer Munawer Yusoff (bekas anggota kumpulan Ruffedge)? Alhamdulillah...Amer dah banyak berubah ke arah kebaikan..Bayangkan dari menyanyi lagu-lagu hip hop dulu, sekarang dah menyanyi lagu-lagu nasyid...sekali tengok dah macam Maher Zain Malaysia..lagu-lagu dia pun best..lepas keluar dari group Ruffedge dan kahwin  dengan Julia Azizah, Amer terus menyepi dari dunia seni..ada pun sekali-sekala berduet dengan rakan-rakan artis lain...tup-tup oktober 2010 tahun lepas dia muncul semula dengan imej yang berlainan..Syukurlah...Isteri Amer pun dah selamat melahirkan anak pada 24 dis 2010 yang lepas dan diberi nama Ibrahim bin Amer Munawer...Suka tengok dia bahagia dengan anak dan isteri...Semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat...Amin...


kalau nak beli cd Amer KLIK SINI (RM10 jer)

..Seluruh Mahabbah..


 credit picture to fB Amer

p/s : semoga kita sama-sama diberi hidayah dari Allah untuk 
berubah ke arah lebih baik..Amin..




baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers