please click here...

Monday, February 28, 2011

..iMPiAN hATi iNi..

 
iMpiAn hAti iNi...
Aku ingin hati yang bersih,
Yang jujur apabila berbicara
Yang ikhlas apabila membantu
Yang kuat apabila difitnah
Yang tabah apabila diuji
Yang beryukur apabila disakiti
Yang gembira apabila dikhianati
Yang ceria apabila dibenci

Aku ingin hati yang bersih,
Yang a'ib apabila menghina
Yang hina apabila meminta
Yang insaf apabila terleka
Yang menangis apabila menyakiti
Yang sugul apabila membenci
Yang malu apabila dipuji
Yang tawadhu' apabila dikasihi

Sungguh! Hati itu
anugerah terindah
dari Ar-Rahman
pada makhluk yang bernama manusia.
Bagi insan hina seperti aku
Yang banyak jahil dari 'arif
Yang banyak leka dari peka
hanya satu pintaku ya Allah,

"Andai esok tiada lagi untukku,
biarlah aku pulang
dengan hati yang bersih..
Amin.. 





3 comments:

ann said...

Aamiiin

Mr iz said...

amin... aku pun nak macam tu gak...hu hu hu ....

zmah said...

Betul dik...hati kita kena selalu diberi didikan supaya kita tak selalu sakit hati dengan orang lain.

baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ