please click here...

Thursday, May 10, 2018

(Rasmi) Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru! Keputusan PRU14








Salam semua..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sejarah telah tercipta pada tarikh keramat 09 May 2018! Ya Allah, tiada kata yang dapat gambarkan perasaan sis pada waktu dan ketika ini. Akhirnya, ya akhirnya Barisan Nasional tumbang! Akhirnya rakyat semua bangkit menentang kezaliman, ketindasan, dan korupsi pemimpin negara yang terdahulu.

Selepas lebih 60 tahun memerintah Malaysia, akhirnya Barisan Nasional kalah teruk selepas Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Malaysia dengan mendapat majoriti 121 kerusi parlimen.

Perkara ini telah diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah baru sebentar tadi  di Menara SPR, Putrajaya.

Dengan kemenangan besar Pakatan Harapan kali ini, bakal membentuk kerajaan di mana Tun Dr Mahathir Mohamad bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-7 Malaysia dan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Untuk rekod, Tun Dr Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003).

Pakatan Harapan telah berjaya mengekalkan negeri Pulau Pinang dan Selangor selain berjaya menawan beberapa negeri iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah (melalui parti Warisan) dan kubu kuat Barisan Nasional iaitu Johor.

Parti Islam Semalaysia, PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan negeri Terengganu.

Di bawah sis sertakan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14

Keputusan Parlimen: 

HARAPAN (104), BN (79), PAS (18), Bebas (3), Warisan (8), DAP (9), Parti Solidariti Tanah Airku(2)

Keputusan semasa beberapa negeri:

1. Pahang: BN menang 22, PAS (8), PKR (5) dan Bebas (0)

2. Perlis: BN menang 10 kerusi, PAS (2), PKR (3) dan Bebas (0)

3. Melaka: HARAPAN menang 15, BN (10), PAS (0)

4. Kedah: HARAPAN menang 18, BN (3), PAS (15)

5. Selangor: HARAPAN menang 29, BN (3), PAS (0)

6. Kelantan: PAS menang 28, BN (7), HARAPAN (0)

7. Johor: HARAPAN menang 29, BN (16), PAS (1)

8. Perak: HARAPAN Menang 29, BN (27), PAS (3)

9. Sabah: HARAPAN menang, 30, BN 29, Parti Solidariti Tanah Airku (2)

*Harapan : Warisan (21), PKR (2), DAP (6)

10. Negeri Sembilan: HARAPAN menang 20, BN (16), PAS (0)

11. Pulau Pinang: HARAPAN menang 25, BN (2), PAS (1)

12. Terengganu: PAS menang 18, BN (8), HARAPAN (0)

13. Sarawak: BN

Semoga Pakatan Harapan dapat menjadi kerajaan yang telus, bebas korupsi, dan adil untuk rakyat Malaysia. Aminnn..


p/s : Alhamdulillah..akhirnya doa orang-orang teraniaya termakbul!


 





Credit to : FB Pakatan Harapan, Berita Harian, Harian Metro



3 comments:

Záty Rose said...

yeay!! :D

Rahimi said...

Alhamdulillah! Hidup Pakatan Harapan. Harap Malaysia ke arah lebih baik.

Fahmi said...

Memang rasa lain macan

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers