please click here...

Monday, February 21, 2011

..Keputusan Pilihan Raya Kampus UM 2011 dan Punca Kehilangan Masturah..


Salam..Entry kali ini eiyda still nak cerita tentang pilihanraya kampus UM 2011 yang diadakan pada hari ini...Keputusan telah pun diketahui sebentar tadi bahawa Pro-Mahasiswa telah memenangi kesemua 9 kerusi umum dan 14 kerusi fakulti..Walaupun pelbagai rintangan yang diaorang terpaksa hadapi termasuk salah seorang calon wanita mereka diculik (nak tahu pasal kes culik ni klik SINI ), akhirnya kemenangan telah berpihak kepada mereka...Diharap mereka yang menang dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan menjaga kebajikan pelajar2 UM..

sekitar PRK UM 2011..


 
ok, sekarang eiyda nak cerita pulak pasal kehilangan calon wanita Pro-Mahasiswa, Masturah Abu Bakar (eiyda ada tulis dalam entry sebelum ini- SINI)...Rasanya semua dah tahukan yang Masturah telah pun ditemui di Masjid Teras Jernang, Bangi. Mengikut Malaysiakini, sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya petang tadi, Masturah hanya berdiam diri (maybe trauma kot) dan hanya memberi isyarat tangan sahaja untuk menyatakan beliau ok apabila ditanya oleh para wartawan.Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku sewaktu tempoh diculik. Ibu Masturah juga kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak UM.Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.Mengenai spekulasi bahawa kemungkinan kehilangan Masturah ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."...

. ..masturah dan ibunya sewaktu sidang media..


..video isu culik Masturah..

p/s : semua kerusi dah dimenangi oleh Pro-Mahasiswa...
Jangan ada pulak yang tak puas hati dan kes culik berulang kembali..
Semoga kita semua selamat dibawah lembayung rahmatNya...Amin..




14 comments:

mykhalis said...

tahniah kepada yang berjaya.. smoga jalankan tanggungjawab sebaiknya..

Nor Moscow said...

nasib baik nothing to happen dkt adik ni...macam2...

terokai seni said...

addoi la... teruk beno berpolitik gitu!

Noor Adibah said...

di UM pon ade Pilihan raya ke??
Di Uitm segamat esok baru pilihan raya bermula.. hehe.. salah seorang orang yg di undi adelah kawan baik saya jugak.. huhu.. harap2 berjalan dgn lancar sume nye.

nur aisya humaira said...

Makk aiihh,kne culik???
uish2,kes berat ni..

nur aisya humaira said...

Assalam eiyda, BCR da tukar yg baru..ni link BCR baru..yg lame tu da tk pakai..tq..;)

http://www.bcroom.net/
tekan link ats tu ye..:)

kay_are said...

budak um ke ni?? waa.. rindu nak blaja sane.. tahun2 lepas paling gempak pilihan raye kan? siap ade demonnstrasi g time bace undi.. ish ish

TravelWithMillo said...

takot pulak bila manusia sekarang lebih gemar mintak tolong makhluk halus dari Maha Esa...nauzubillah

Cik Yana said...

Uwaaa~ rindunya tengok gambar mengundi tu :(

Menusuk Hati said...

selamat menjadi mpp kpd yg berjaya..

tomato said...

haishh..ada pulak yg nak mendengki ye..

Anonymous said...

wah..smpai mcm itu skali ea...xpatut betul, mujur saye xmengundi :), hidup pro M... oppsss, terkantoi sokong mane :)

Anonymous said...

da macam main politik plak...mujur la dia tidak di per''apa2'kan

Anonymous said...

da macam politik plak...mujur la gadis tu selamat...

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers