please click here...

Saturday, January 22, 2011

..Selamat Pengantin Baru Ayu Raudhah & Zaquan Adha..


Tanggal 21 Januari 2011, jam 3.45 petang, pelakon jelita iaitu Ayu Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 26 selamat dinikahkan dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Zaquan Adha Abdul Razak, 23 dengan sekali lafaz sahaja.Pada majlis tersebut, adik pelakon Rozita Che Wan itu yang anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin sebanyak RM1,888 bersama tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah pihak. Jom kita tengok gambar-gambar masa hari majlis berinai, akad nikah dan majlis resepsi mereka.

  


credit picture to piccalasso dan fB asmady





Sunday, January 16, 2011

..Scenario Berbeza Sekiranya Dato' SiTi Berkahwin Dengan Orang Lain..


1) kalau kahwin dengan orang Jepun, mereka akan namakan anaknya HONDA SITI

2) kalau kahwin dengan orang media, anaknya nanti bernama PUBLI SITI

3) Kalau kahwin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE

4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI 

5) Kalau kahwin dengan professor, anaknya nanti dinamakan UNIVER SITI

6) Kalau kahwin dengan pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nanti ialah SITI TANJUNG PERAK

7) Kalau kahwin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nanti ialah SITI SITI MALAYSIA...

8) Kalau kahwin dengan orang TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI...... 


p/s : hehehehe...just 4 fun ok..;)





Friday, January 14, 2011

TRILOGI CINTA - ADAPTASI NOVEL SHARIFAH ABU SALEM


Salam...Ada berita baik untuk peminat2 novel karya Sharifah Abu Salem iaitu Trilogi 'Tak Semanis Impian, Tak Seindah Mimpi & Tiada lagi Mimpi. Saksikan karya2 tersebut diterjemahkan dalam bentuk drama pada :

Setiap hari Ahad - Selasa
Jam 10 Malam
Di TV1
Mulai 2 Jan 2011
40 episod

Lakonan:
Norjinah : Fouziah Gous
Razif : Rosyam Nor
Salmi : Amyza Aznan
Norseha : Siti Fazurina

SINOPSIS :
Sinopsis Trilogi Cinta

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

p/s : ada tak antara korang pernah baca novel nie?




Thursday, January 13, 2011

..Artis-artis Malaysia & Indonesia..

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji. Abang Haji.........KUMPULAN BAJI 

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat... TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand... HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat) 
 
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya O.A.G (Orang Asli Gombak) 
 
7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.. SCOIN (pakai syiling jer) 

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi MAY (Bau Sabun) 
 
10) Kumpulan Rock Paling Bahaya AMUK
 
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi GIEGIEL
 
13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power KEMBARA (sebab ader DVVT) 

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah PADI

18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya TOO PHAT

19) kumpulan yg sentiase sejuk : kumpulan cool

20) Penyanyi yang sentiasa tua TO'KI

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh... PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe METALASIA

23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang 4U2C

24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.. MELLY GOESLOW
 
25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU' TEACHERS PET

26) Kumpulan yang susah nak sakit MEDICINE

27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.. DR. KRONIK
 
28) Kumpulan yang buat show kat everest IKLIM
 
29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh BLACK DOG BONE

30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya PAK PANDER

31) Kumpulan yang paling di hormati KUMPULAN DEWA

32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley NEW BOYZ

33) Kumpulan yang  paling popular di jalanraya KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...) 

34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.. SWEET SEPTEMBER

35) Kumpulan Paling berani.. KAMIKAZE

36) Kumpulan yang selalu gi konvoi.. XPDC

37)kumpulan yg xpnh xda : EXIST

38)kumpulan asal dari UK : UK's

39)skumpulan yg ada lebih dari 5deria : sixth sense

40)kumpulan xtahan : kumpulan gersang..haha

41)kumpulan yg xmkn rasuah : BPR

42)kumpulan utk perempuan sahaje : feminin

43)kumpulan suka amek gambar : fotograf

44)kumpulan yg baru blaja ABC : kumpulan A To Z

45)kumpulan yg x habis mencari : search




Tuesday, January 11, 2011

..Tips Agar Tidak Bosan Di Dalam Lif..


11 tips supaya korang tak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika korang hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian korang pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala korang dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja korang ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Korang pura-pura jadi pramugari/pramugara! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan korang, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling korang menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"


p/s : try buat ek korang..;P




Sunday, January 9, 2011

..Cara-Cara Nak Cover Malu...

  Pernah tak berlaku something yang memalukan pada diri korang??Haa,kat bawah nie ada cara2 nak cover malu korang sekiranya korang...

1. tersepak batu: 
Jangan terus bangun, sebaliknyer korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2.  terjatuh basikal: 
cepat-cepat naik beskal korang semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak...

3. terjatuh tangga: 
terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. terjatuh dalam longkang: 
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka korang seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. jatuh ketika nak naik bas:
  jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang korang....

6. terjatuh di depan bus stop: 
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu korang..kalau takde..baring terus sampai malam sehingga takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. jatuh tergelincir kat lantai licin: 
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah korang) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah korang sorang je yang dapat malu...ye tak??

 Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi... terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berhenti ketawakan korang.
 
 Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali... teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
 
 Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka... jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.
 
Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang... teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sesorang. Tentu orang takkan gelakkan korang kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.
 
Tersilap masuk tandas wanita... buat-buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik..hehe...;P

 



Friday, January 7, 2011

..20 Cara Untuk Jadikan Roomate Anda Gila..


Pernah tak kekadang korang rasa bengang dengan roomate korang??mesti pernah kan?especially yang ada roomate yang tak sebulu dengan korang...ha,kat bawah nie ada cara nak buat roomate korang bengang balik dengan korang...;)

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor. 

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg" 

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!" 

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. 

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi" 

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..." 

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik. 

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda. 

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang. 

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis. 

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd anda. 

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. 

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. 
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat. kalau boleh buat orang bace yassin sekali lagi bagus... bila die ingat anda betol2 mati cepat2 bangun tentu dia akn pengsan lebih dari 2 jam....

p/s : selamat mencuba...jangan korang
pulak jadi gila sudaa..hehe...;)





Thursday, January 6, 2011

..Keajaiban Tulisan Dalam Microsoft Word..

Jom kita try buat sama2 ek!Kita tengok nanti apa hasilnya...

1. Bukak Microsoft Word korang. 

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .. 
Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu.. 

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48. 

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. 

Apa yang korang nampak???
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu)
kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi!!
SUBHANALLAH


p/s : Samada dah dirancang atau kebetulan...Wallahualam...





Sunday, January 2, 2011

..maksud ketawa versi internet..


salam..korang selalu ketawa kan kalau ada hal2 yang lucu..so,ni ha list ketawa korang...

1. Ketawa orang kaya = Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak = Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan = Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut = Hi hi hi hi hi 
5. Ketawa berdekah-dekah = Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak = Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen = Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar = Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang = Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha 
10. Ketawa orang sakit = Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut = Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok..............Neno,neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum = :-)
13: Ketawa Double =:-))
14. Sengih = :-D
15. Ketawa kuat =  LOL
16. Ketawa bergolek-golek = ROFL
17. Ketawe sampai jatuh tingkat 1 (ktwe giler) = LMAO
18. Ketawakan dia = He he he he he
19. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
20. ketawa jimat cermat = ahakz
21. ketawa tak ikhlas =  hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
22. hampir-hampir ketawa = heheh
23. ketawa sambil batuk = kui kui kui 
24. ketawa dalam mabuk = hik hik hik 
25. ketawa ngada-ngada = hek hek hek 
26. ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring = wakakakkakaka 
27. ketawa sindir =  eh heh 
28. ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal) = huargh huargh huargh!!!
29. ketawa sengih = ngee ngee ngee -
30. Ketawa sambil lewa = kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh 
31. ketawa perli = ahe ahe ahe ahe....


p/s : mana satu sama dgn ketawa korang?;)




..Rahsia Warna Kegemaran Wanita..

 
Menurut kajian yang dibuat oleh pengkaji barat, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya..

MERAH- Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU- Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU- Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM- Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT- Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU- Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU- Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING- Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH- Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

p/s : apa warna korang suka ek??





Saturday, January 1, 2011

..Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia...


Innalillahiwainnailaihirojiun...Pelakon terkenal Faizal Yusof,32 telah meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak. Allahyarham dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul kira-kira jam 9 pagi tadi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.Allahyarham juga pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. Abang pelakon tersebut Shaiful Yusof, 34,berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.Al-Fatihah..

credit to : Berita Harian Online

p/s : Tak sangka begitu cepat arwah pergi..Suka 
jugak tgk lakonan arwah..Semoga arwah
ditempatkan dikalangan org2 beriman..
Amin...  






...HaPPy NeW YeAr 2011..

 
Salam korang...Selamat Tahun Baru 2011..Sedar x sedar, dah masuk tahun 2011 kan...sekejap jer masa berlalu..dalam tahun 2010, pelbagai kenangan suka duka yang berlaku dalam hidup eiyda and family eiyda...Bagi eiyda tahun 2010 adalah tahun yang paling sedih sepanjang 21 tahun eiyda hidup di muka bumi Allah nie..kenangan paling pahit yang berlaku dalam tahun 2010 ialah eiyda kehilangan 3 orang ahli keluarga dalam masa sebulan! First arwah nenek sebab sakit tua, lepas tu arwah abah (17 mei 2010) sebab sakit dalam perut dan yang last arwah sepupu sebab sakit paru2 berair...Yang paling eiyda terkilan, kehilangan arwah abah sebab eiyda rasa terlalu awal untuk arwah abah pergi...eiyda xsempat nak balas semua jasa2 arwah abah besarkan eiyda selama nie..tapi nak xnak eiyda terpaksa redha dengan pemergian arwah...mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku nie kan?kenangan manis pulak, satu2nya abg eiyda yg masih bujang berkahwin pada 24 dis baru2 nie...bertambah sorang lagi ahli keluarga eiyda..;)..azam tahun baru eiyda pulak, nak jadi anak yang solehah untuk ma and arwah abah, sentiasa tak lupa untuk mendoakan arwah abah disana,dapat result yang baik untuk setiap sem,jadi hamba Allah yang bertakwa dan sentiasa berbuat baik pada semua orang...Insya Allah...;)

 
p/s : happy new year...apa azam tahun baru korang ek? 
ada something untuk korang...click SINI...;) 





baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ