please click here...

Monday, March 14, 2011

Loji Nuklear Ketiga Fukushima,Jepun Meletup!



Sebentar tadi  mengikut laporan Berita Harian Online,satu letupan kuat telah berlaku dan merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima,Jepun. Kawasan loji tersebut kelihatan dipenuhi dengan asap tebal dan api menjulang tinggi di reaktor berkenaan.Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu berlaku di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan tersebut terjadi disebabkan tekanan hidrogen.Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan.Sekiranya letupan loji tersebut berterusan dan suhu sekitar mencapai takat 1000 darjah celcius,akan memberikan kesan negatif kepada penduduk Jepun dan negara2 berdekatan.Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan.Melalui udara,gelombang letupan akan bergerak dengan kelajuan supersonik dan manusia yang berada di sekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakan terhadap paru-paru.Suhu di kawasan tersebut juga tinggi menyebabkan bahan pepejal walaupun berada dalam jarak yang jauh dari tempat letupan akan menjadi cair,akan berlakunya kebakaran,ribut api,manusia akan rentung dan mati kerana kekurangan oksigen.Selain itu juga,manusia sekitar tempat tersebut berisiko tinggi untuk mendapat kecacatan yang kekal dan selain itu akan membahayakan nyawa bayi dalam kandungan ibu2 mengandung..hmm,menakutkan jer..harap2 Allah lindungi kita semua..Insya-Allah..






1 comment:

Miss Nuraini said...

akak. nuraini amek info akak ni ea. thanks :)
useful :)
http://nurainifareha.blogspot.com/2011/03/malepetaka-di-jepun.html

baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ