Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah hadam
- sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
- mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
- mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
- sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
- ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
- rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
- bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
- susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
- susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
- bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
- susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
- makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
- teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yang banyak (prelacteal) akan menyebabkan
Bayi
- tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
- tidak akan mendapat kolostrum
- akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
- susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
- boleh menyebabkan bengkak payudara
- sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
- susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
- susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
- susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
- susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
- perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
- yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
- anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
- merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
- membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
- mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
- susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
- sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
- penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
- biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
No comments:
Post a Comment