please click here...

Monday, October 11, 2010

Persandingan Kayangan Dr Sheikh Muszaphar Dan Dr. Halina



wow...grand giler arr diorang nie kawin..
Tanggal 10/10/10 pasti meninggalkan memori indah kepada pasangan pengantin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasangannya, Dr. Halina Mohd Yunos.

Pada tarikh inilah mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, pasangan yang menjalin cinta selama lapan tahun ini telah diijabkabulkan pada pagi kelmarin.  Ramai yang telah menjadi saksi kepada majlis bersejarah ini memandangkan Sheikh Muszaphar menjemput rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari bahagianya itu.

Kehangatan majlis perkahwinan pasangan popular ini berterusan pada majlis persandingan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada sebelah malamnya. Bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, majlis persandingan ini dihadiri lebih 1000 orang tetamu yang terdiri daripada golongan Diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, sahabat-handai dan juga 80 orang angkasawan dari seluruh dunia.

Jika anda menyaksikan majlis persandingan ini secara langsung di saluran TV3 pada jam 9.00 malam kelmarin pasti anda dapat melihat sendiri kemeriahan majlis ini. Namun, hanya mereka yang berada di dalam dewan yang dapat memberi gambaran sebenar.  Bagi GUA yang berkesempatan menghadiri ‘wedding of the century’ ini, majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina berjalan dalam suasana tenang dan ringkas.

Dari awal hingga ke akhir, perjalanan acara persandingan berjalan lancar. Malah, tidak berlaku masalah tempat duduk seperti yang biasa berlaku pada majlis-majlis perkahwinan yang pernah GUA hadiri sebelum ini.  Walaupun ringkas tetapi kehangatannya tetap terasa.

Menyorot kembali majlis persandingan malam kelmarin, pasangan mempelai ini dilihat tiba di luar dewan kira-kira jam 8.30 malam sebelum diarak masuk ke dalam dewan kira-kira jam 9.10 malam.

Pengantin lelaki dan wanita tampil menawan menggayakan persalinan putih rekaan Putra dari Butik Cosry.  Dr. Halina menyarungkan kebaya berlatarkan rona perak yang diperincikan dengan butiran batu permata warna biru muda. Manakala Datuk Sheikh Muszaphar pula mengenakan Baju Melayu yang dipadankan dengan kot, samping, tanjak dan bengkung. Kain untuk persalinan ini adalah tajaan  Jackel. Sementara kain songket pula ditaja oleh Habibah Songket.

Untuk acara memotong kek pula, pasangan mempelai menggayakan busana rekaan Datuk Bernard Chandran yang berkonsepkan moden serta mempunyai elemen angkasa lepas. Kejelitaan Dr. Halina tambah menyerlah apabila mendapat sentuhan jurumekap selebriti, Najib untuk menyolek wajahnya.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu cinta yang disampaikan oleh peserta Indonesia Idol, Yuka. Tidak ketinggalan, persembahan istimewa daripada Datuk Yusni Hamid.

Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, tetamu  juga berkesempatan melihat persembahan video istimewa yang menceritakan detik-detik perkenalan pasangan ini sehingga mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Istimewanya video ini, ia disampaikan dengan lakaran kartun comel.

Ketika video ini dipertontonkan, Dr. Halina dilihat mengalirkan air mata. Mungkin terharu dengan apa yang dipersembahkan. Manakala, Dr. Sheikh Muszaphar nampak tenang walaupun sesekali dia nampak  menahan sayu.

Menyentuh  sedikit tentang persiapan majlis persandingan ini pula, Perunding Perkahwinan pasangan ini, Ariff Quasry yang juga Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn Bhd memberitahu dia bersama Pengarah Kreatifnya, Putra Aziz, mengambil masa kira-kira empat bulan untuk membuat segala persiapan. Jelas Ariff, walaupun Cosry dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala aspek, tetapi mereka tetap berbincang dengan bakal pengantin bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

Jelas Ariff, Datuk Sheikh Muszaphar  turut terlibat dalam membuat setiap keputusan. Rekaan baju, pelamin, hantaran, kad undangan dan cenderahati yang ingin diberikan kepada tetamu adalah mengikut kehendak  Datuk Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina.

Majlis persandingan pasangan ini berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Sebelum bertolak pulang, pasangan pengantin sempat meluangkan masa untuk  bersalaman dengan semua tetamu yang hadir sebagai tanda terima kasih.

 credit to gua.com



                                                           persalinan pertama





nie persalinan diorang masa nak potong kek..persalinan kedua utk mlm tu... (tema futuristik) ~ ala2 angkasa lepas











.nie kek kawin diorang...berbentuk roket ( kapsul soyuz ) yg dr sheikh muszhapar naik 3 thn lps...cantikkan??


No comments:

baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ