please click here...

Sunday, October 10, 2010

Tahniah!!! Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Halina Sah Suami Isteri...;)



Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Dr. Halina Mohd Yunos kira-kira jam 11.30 pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Lettenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali di hadapan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Dato’ Haji Che Mat Che Ali dengan mas kahwin RM80 tunai. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Pengantin lelaki telah membawa sembilan dulang hantaran sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Sebagai balasan, pengantin perempuan telah memberi sebelas dulang hantaran.  Kedua-dua gubahan hantaran yang berkonsep moden dengan sedikit elemen angkasa ini menggunakan warna biru dan putih sebagai warna dominan. Ia adalah hasil sentuhan Butik Cosry yang juga merupakan pereka busana majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini.

Ditemui selepas majlis akad nikah selesai, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu menyatakan rasa gembiranya kerana semuanya berjalan dengan lancar. Malah mereka juga tidak lupa mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang bersusah-payah menguruskan majlis perkahwinan mereka.

“Selepas selesai majlis perkahwinan ini saya dan isteri akan menjalani kehidupan seperti biasa. Saya akan terus memberikan ceramah dan isteri pula akan kembali bertugas sebagai doktor,”ujar Sheikh Muszaphar sambil tersenyum.

Sementara itu, Dr. Halina turut mengakui yang perasaannya bercampur-baur sebaik sahaja selesai diijabkabul.

“Perasaan saya bercampur-baur. Sedih, gembira dan terharu. Semuanya ada. Tapi saya bersyukur kerana semuanya telah selesai. Selepas ini saya akan cuba menjalankan tangunggjawab sebagai isteri dengan baik,"ujar Halina.

Ditanya tentang perancangan berbulan madu pula, Sheikh Muszaphar menjelaskan mereka sebenarnya masih belum ada perancangan untuk itu. Tetapi, dia dan isteri akan mengerjakan ibadah fardu Haji pada musim ini. Bagaimanapun, tarikh penerbangan mereka di Tanah Suci masih belum dapat dipastikan.

Berbicara soal anak pula, tanpa berselindung, Angkasawan Negara ini memberitahu dia inginkan anak yang ramai.

“Kalau boleh saya mahu anak ramai. Mungkin 10 orang. Sebab itulah saya pilih tarikh hari ini (10/10/2010) untuk bernikah. Walau apa pun,  saya gembira kerana dapat memperisterikan Halina. Dia mempunyai ciri-ciri wanita  yang disebut dalam Islam untuk dijadikan isteri,” jelas Sheikh Muszaphar lagi.

Majlis pernikahan pasangan ini selain dihadiri oleh orang-orang kenamaan, sanak-saudara dan sahabat-handai, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran 80 orang angkasawan dari seluruh dunia. Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ini akan diteruskan pada majlis resepsi pada malam ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan majlis ini secara langsung bermula jam 9.00 malam.

Credit to gua.com



 


No comments:

baca sambil derma...click sini...

Blogwalking List

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers