please click here...

Thursday, March 24, 2011

Cubaan Membunuh Diri di KB Mall!


Salam...korang ada x dengar berita pasal seorang gadis cuba bunuh diri di KB Mall,Kelantan petang tadi?Sebab apa ek gadis tu nak bunuh diri?Nekad betul dia,sanggup pi panjat tempat tinggi2 camtu..Yang eiyda tau,macam2 spekulasi yang dibuat oleh orang ramai tentang sebab musabab gadis tersebut cuba bunuh diri..Ada yang kata gadis tu dapat result SPM yang teruk,ada yang kata frust dalam percintaan...mak aih,kot ye pun failed spm atau kena tinggal dek pakwe, takkan tak sayang nyawa adik oii..susah payah mak bapak besarkan kita,senang2 nak bunuh diri...kenangla jasa diaorang sikit,mesti diaorang sedih tengok anak diaorang camtu..lagipun,kalau betulla sebab gagal dalam spm,spm bukanla 100% penentu masa depan kita...ramai jer yang berjaya dalam kerjaya masing2 walaupun result spm diaorang teruk.dan kalaula nak bunuh diri sebab putus cinta,memang bodohla..macamla takde lelaki lain dalam dunia nie kan..kalau dah lelaki tu tak sayangkan kita,kita mesti sentiasa ingat masih ada yang sayangkan kita sepenuhnya iaitu Allah SWT..Hmm,apala nak jadi dengan remaja sekarang nie..Sesungguhnya kesalahan membunuh diri merupakan satu kesalahan yang terlalu besar.Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Dan orang yang membunuh diri diharamkan syurga oleh Allah.So,sentiasa beringatla kita ye...Bunuh diri bukanlah satu cara terbaik untuk selesaikan masalah kita..Semoga Allah melindungi kita dan keluarga daripada terjadi hal2 camni...Amin...












Tuesday, March 15, 2011

Fakta Tarik Menarik Tertarik Da Bomb!

1.Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza.Namun begitu,apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat,urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
2. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.Tetapi di
kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih
tat, kita mungkin dituduh mencarut.Kalau tak percaya, cuba kira satu
tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa
mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak.Namun begitu 'babi queue' haram
dimakan oleh orang Islam.

6 Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai.Tapi kalau mulut nak
kena cabai,cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan.Lebih letih lagi kalau orang
lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8 Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat.Namun begitu si
Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9.Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan.Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L.Tapi
Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

10.Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk.Tapi tak takut
kalau-kalau mati esok.Hehe...
p/s: Just for fun!;)
 



Monday, March 14, 2011

Loji Nuklear Ketiga Fukushima,Jepun Meletup!



Sebentar tadi  mengikut laporan Berita Harian Online,satu letupan kuat telah berlaku dan merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima,Jepun. Kawasan loji tersebut kelihatan dipenuhi dengan asap tebal dan api menjulang tinggi di reaktor berkenaan.Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu berlaku di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan tersebut terjadi disebabkan tekanan hidrogen.Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan.Sekiranya letupan loji tersebut berterusan dan suhu sekitar mencapai takat 1000 darjah celcius,akan memberikan kesan negatif kepada penduduk Jepun dan negara2 berdekatan.Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan.Melalui udara,gelombang letupan akan bergerak dengan kelajuan supersonik dan manusia yang berada di sekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakan terhadap paru-paru.Suhu di kawasan tersebut juga tinggi menyebabkan bahan pepejal walaupun berada dalam jarak yang jauh dari tempat letupan akan menjadi cair,akan berlakunya kebakaran,ribut api,manusia akan rentung dan mati kerana kekurangan oksigen.Selain itu juga,manusia sekitar tempat tersebut berisiko tinggi untuk mendapat kecacatan yang kekal dan selain itu akan membahayakan nyawa bayi dalam kandungan ibu2 mengandung..hmm,menakutkan jer..harap2 Allah lindungi kita semua..Insya-Allah..






Sunday, March 13, 2011

Berita Harian Persenda Tsunami di Jepun,CNN Laporkan Isu Penghinaan Tersebut!


Salam..Korang ada baca tak Berita Minggu hari ni?Kalau korang baca mesti tau pasal karikatur kat atas ni..Untuk pengetahuan korang karikatur tersebut dah tersebar luas kat Malaysia kerana seolah-olah mempersendakan musibah yang melanda negara Jepun sekarang.Pada awalnya ia hanya tersebar luas di facebook2 dan blog2 tempatan tetapi akhirnya ada seseorang yang telah melaporkan tentang isu penghinaan Berita Harian tersebut kepada CNN iReport dan akhirnya pihak CNN menyiarkan tentang isu tersebut di laman web mereka.Tak sampai 4 jam seramai 11,359 yang view dan 955 yang shared artikel tersebut di CNN.Hmm...nampak gayanya,jadi isu besar la lepas ni.Mesti negara2 lain akan kecam Malaysia.Walaupun pihak Berita Harian minta maaf melalui facebook mereka tetapi ia masih tak dapat dimaafkan oleh sesetengah individu.Tu la padahnya tak jaga sensitiviti orang langsung, negara lain ditimpa musibah kita boleh buat lawak pulak, sepatutnya simpatila sikit.Mungkin hari ini hari diaorang dapat musibah,manala tau esok2 hari kita pulak kan?Nauzubilah...
Kalau nak tau lebih lanjut KLIK SINI






Saturday, March 12, 2011

..Soal Jawab Guru Dan Shin Chan..


Guru : Kenapa awak lambat?
Shin Chan : Kerana sebuah papan tanda.
Guru : Papan tanda mana ?
Shin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."
 
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-
 
Guru : Shin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Shin Chan : "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru : Bukan, Salah tu.
Shin Chan : Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Apakah formula untuk air?
Shin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru : Apa yang awak cakap tu?
Shin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
 
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
 
Guru : Shin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk 
mana Amerika Utara.
Shin Chan: Di sini Cikgu,
Shin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru : Betul.Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa 
Amerika Utara?
Kelas : Shin Chan Cikgu!
 
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru : Shin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Shin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
 
Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Shin Chan : Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Shin Chan : "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Shin Chan,aneh sungguh stokin yang awak pakai ni,satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Shin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
 
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Sekarang, Shin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Shin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu ,kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
 
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Shin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak.Adakah awak meniru kerja dia?
 Shin Chan : Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!
 
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Shin Chan : Seorang Guru, Cikgu!





Saturday, March 5, 2011

..Cara Untuk Top-Up Anda Tahan Lebih Lama..


Orang kata pakai line lagi save dari prepaid..betul ker??tapi korang mesti terperanjat dengan apa yang bakal eiyda ceritakan ni..top-pup RM 10 tapi boleh tahan smpai 1 bulan tak kira la kalau korang bergayut berapa lama sekalipun,hantar berapa juta sms sekalipun..
Ok,secara simplenya eiyda terangkan kat korang,tapi INGAT JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI untuk 1 nombor,coz system akan auto detect & batalkan no korang.timingnya, korang boleh topup pertengahan hujung bulan between 25 hb keatas dalam pukul 3 pagi ke atas.coz dalam tempoh ni,system akan di selenggara, so ada loopholes.kene try & error.

ikut cara-cara nie step by step ok..
1) beli topup RM 10...gesek & ready.
2)korg type <**REC 10 > ,then send to 09901
3) tunggu reply, kat skrin akan keluar satu serial number 6 digit,
korang salin tau.
4)pastu korg type <**REC 10> <123456> masukkan 6 digit tadi, send 09902
5)pastu diorang akan reply "insert urtopup num", so korang type 14 digit topup number yang korang beli contohnya ; <01234567891023> send to 09903
6)tak lama pastu diorg akan reply ;
>> "tengkorak kau berjambul.. ingat ni company opah kau yang punya? masuk toilet pun kena bayar 20sen, ni kau nak topup 10 hengget nak pakai seumur hidup plak!! banyak cantik muka kau"<<

hah.. tu aar,eiyda pun tak sangka diorang akan reply mcm tu..kecik hati eiyda..kadang2 diorang reply lebih 'kesat' dari diatas dalam pelbagai bahasa,boleh menitik air mata beb..dahla,penat pulak menipu nih..
pi sambung buat keje..
salam maju jaya..;)




Wednesday, March 2, 2011

Virus H1N1 Kembali Mengganas!


Salam semua..Korang ada tengok tak Buletin Utama tadi?Dalam berita tadi mengatakan sebuah sekolah di Selangor iaitu SMK Bandar Baru Sungai Long,Kajang diarah tutup siang tadi, apabila salah seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun meninggal dunia pada 24 Februari lalu disahkan akibat virus H1N1!! Pelajar tersebut dikatakan mengalami simptom batuk seminggu yang lepas. Ya Allah takutnya sebab eiyda selalu ulang alik dari Bangi ke UM dengan komuter dan of course train singgah kat stesen Kajang.Dan yang sangat sangat sangat menakutkan, eiyda sekarang pun dah seminggu lebih batuk! Ya Allah mintak2 xder apa2 la hendaknya..So, korang kalau ada simptom batuk2 dan demam, better terus gi jumpa doktor ok..(cewah,pandai eiyda nasihat orang,diri sendiri batuk + nak demam tak pulak gi jumpa doktor...memang nak kena pelempang laju-laju nie..hehe)..

P/S : Hmm..Nampaknya lepas nie kena pakai balik la 
topeng ultraman tu...





Tuesday, March 1, 2011

Hari Kehancuran (Kiamat)!!


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 

7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalananLalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal 
Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.





baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ