please click here...

Wednesday, December 1, 2010

KERANA SEHELAI BULU MATA...


 Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

p/s : hmm...terkedu jap...punyala banyak buat dosa, 
tetiba sebab sehelai bulu mata dah blh masuk 
syurga...Allah memang Maha Pengampun dan Menyayangi 
hambaNya yang sentiasa bertaubat... 




23 comments:

jaya jr said...

alangkah bertuahnye hamba2 yang bertaubat

♥ Princess ♥ said...

Allahu akbar!!!!

mimiekucayang said...

bgs entry ni, rasa cam nk nangis pun ade...

fiq said...

alamak bulu mata fiq byk gugur. camne ni? =P

misz FaTiN said...

Allah maha pengampun lagi mengasihani hamba2nya.. kita sahaja yang leka dengan permainan dunia.. T_T

aima in luv said...

Ya Allah,,,, Sayunya baca en3 nie

linawanie said...

Subhanallah....bermuhasabah diri sebentar...best artikel ni..thankss^^

♥-- emieysandra --♥ said...

1st time bce citer ni..tq for sharing ;D

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

uhuhuhu~~tersentuh..

nur dhiya' aida said...

subhanAllah ((:

NiK iMaN said...

Lailahailallah... :)

eqacashperlala said...

subhanallah
kerana sehelai bulu mata yang halus
hamba tersebut terlepas seksa api neraka

sesungguhnya Allah maha pengampun

akmarena aziz said...

subhanaALLAH..sedih baca entri nie

hanna iymeera :) said...

tersentuh hati hanna baca entry ni. subhanallah,
tp eiyda, ada silap sikit kot kat bawah tu, yg dekat p/s tu,Allah Maha Pengampun Dan Menyayangi 'hambaNya' yg sentiasa bertaubat.

yna said...

meremang bulu roma baca..
sharing is caring dear..
maceh ye :)

zmanja said...

tenkiyu for sharing

Nur Mudrikah said...

sama-samalah mendekatkan diri padaNya..insyaAllah

kiwi said...

nice entry ^^

Jank said...

Allah maha penyayang, semoga diberi kesempatan

yuzuki said...

suka artikel ni...
thanx for sharing it :)

Anonymous said...

ros tak pernah tahu pown~ thanks~ sekurang3nyer kite beringat kelak~ moga allah ampuni dosa-dosa kita semua~ amin ya rabb~

Myra Jay said...

menginsafkan crita ni. mmbuat kita brsmangat nk brtaubat

cplud miera said...

Maha Besar Allah dan Maha Pengampun

baca sambil derma...click sini...

TiNggAL kEsAn JaRi AnDa Di SiNi...tQ